FUNGSI JABATAN
Merancang, merekabentuk dan membina projek infrastruktur seperti jalan, bangunan kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti dan produk kejuruteraan yang berkaitan:
- Menyelenggara jalan dan bangunan kerajaan yang tertentu dan :
- Memberi khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan diperingkat persekutuan, negeri dan daerah.
OBJEKTIF JABATAN
Sebagai perunding utama kepada Kerajaan Negeri Terengganu, objektif Jabatan Kerja Raya adalah untuk :
Menyerahkan projek yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
VISI JABATAN
"Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan insfranstruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini"
MISI JABATAN
Misi kita ialah untuk menyumbangkan kepada pembangunan negara dengan:-
- Membantu pelanggan kita merealisasikan matlamat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
- Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
- Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
- Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan yang sedia ada.
- Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
- Mengutamakan integriti dalam memberi perkhidmatan.
- Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
- Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.
VISI LAMAN WEB
• Kearah Mengujudkan laman web interaktif dan berinformasi
MISI LAMAN WEB
● i. Sebagai Sumber maklumat Yang Lengkap dan Terkini
● ii. Meningkat imej Jabatan
● iii. Meningkatkan sistem pencapaian perkhidmatan
Info Jabatan 

