"Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan"

FUNGSI, OBJEKTIF, VISI DAN MISI

Posted in PROFILE


FUNGSI JABATAN

JKR bertanggungjawab terhadap :

Perancangan, rekabentuk dan pembinaan projek infrastruktur seperti jalan, cerun, bangunan kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti dan aset kejuruteraan yang berkaitan;

Pengurusan penyenggaraan infrastruktur seperti jalan, cerun, bangunan kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti dan aset kejuruteraan yang berkaitan; dan

Khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

OBJEKTIF JABATAN

Sebagai perunding utama kepada Kerajaan Negeri Terengganu, objektif Jabatan Kerja Raya adalah untuk :

Menyerahkan projek yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.

VISI JABATAN

"Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan insfranstruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini"

MISI JABATAN

Misi kita ialah untuk menyumbangkan kepada pembangunan negara dengan:-

Membantu pelanggan kita merealisasikan matlamat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan yang sedia ada.
Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
Mengutamakan integriti dalam memberi perkhidmatan.
Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.


VISI LAMAN WEB

• Kearah Mengujudkan laman web interaktif dan berinformasi

MISI LAMAN WEB

● i. Sebagai Sumber maklumat Yang Lengkap dan Terkini

● ii. Meningkatkan imej Jabatan

● iii. Meningkatkan sistem pencapaian perkhidmatan

JKR Terengganu

JKR Negeri Terengganu

Tingkat 12, Wisma Negeri,
Jalan Pejabat,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Telefon : +609 622 2444 Faks:+609 623 5624
E-mail  : jkr@terengganu.gov.my

Peta Ke JKR TERENGGANU

Bookmaker review site http://wbetting.co.uk/ for William Hill