Ujian ini dibuat setiap hari kerja konkrit dilaksanakan. Pada amnya, enam kiub ujian hendaklah disediakan. Ujian kekuatan pecahan sebanyak tiga kiub hendaklah diuji pada hari ketujuh dan tiga kiub yang lain pada hari ke 28. Keputusan dari ujian-ujian ini akan memberi gambaran bahawa campuran itu adalah betul. Ia juga akan memberikan gambaran yang jelas kepada kekuatan konkrit yang telah dibuat.
a) Cara Membuat Sampel Kiub
Ujian dibuat menggunakan acuan keluli berukuran 150mm x 150mm. Konkrit dituang dalam 3 lapisan yang agak sama tebal. Setiap lapisan hendaklah dipadatkan sekurang-kurang 35 kali menggunakan bar pemadat sehingga konkrit kelihatan padat dan sempurna.
Kesemua kiub akan ditanda dengan jelas tarikh tuangan dan nombor sirinya dengan cat yang tidak luntur.
Satu rekod disediakan bagi mengenalpasti tarikh dan nombor siri setiap kiub yang berkaitan dengan bahagian kerja dari masa kiub tersebut diambil.
b) Membuat 'curing' pada contoh-contoh kiub.
Kiub disimpan di dalam acuannya selama 24 jam. Ianya dibuat 'curing' dengan meletakkan kain guni yang basah atau yang seumpamanya di atas contoh kiub tersebut. Selepas 24 jam, contoh-contoh kiub itu hendaklah ditanggalkan dari acuannya. Kemudian dengan segera dimasukkan ke dalam air dan disimpan dalam air sehingga tiba tarikh ujiannya.
c) Pengujian Konkrit
Pengujian dijalankan di Makmal JKR ataupun makmal swasta yang diluluskan. Jika ujian pada hari ke tujuh tidak mencapai kekuatan yang dikehendaki, Pegawai Penguasa dikehendaki memberhentikan kerja konkrit sehingga kiub-kiub lebihan yang lain diuji pada hari ke 28.
Jika keputusan ujian pada hari ke 28 tidak mencapai kekuatan yang dikehendaki, ujian kepada sampel-sampel teras dari bahagian konkrit yang telah keras hendaklah dijalankan bagi ujian kekuatan. Dan jika sekiranya masih gagal lagi maka tindakan harus diambil untuk meroboh terus bahagian-bahagian tersebut.
d) Kekuatan Pengujian
Kekuatan yang dikehendaki untuk campuran norminal hendaklah seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual berikut:-
| Nisbah Campuran Norminal |
Kekuatan Kiub Pada Hari Ke 7 |
Kekuatan Kiub Pada Hari Ke 28 |
| Ujian Awal |
Ujian Kerja |
Ujian Awal |
Ujian Kerja |
| |
N/mm2 |
N/mm2 |
N/mm2 |
N/mm2 |
| 1 : 1 : 2 |
26.7 |
20 |
40 |
30 |
| 1 : 1 1/2 : 3 |
22.7 |
27 |
34 |
25.5 |
| 1 : 2 : 4 |
18.7 |
14 |
28 |
21 |